Tuesday, May 1, 2018

ANALISIS FILEM 
(SENJAKALA)

ANALISIS FILEM SENJAKALA (2011)
SINOPSIS

Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut. Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka. Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri. Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina. Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut. Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka. Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan.


WATAK

Terdapat elemen lain seperti watak dan perwatakan. Watak dan perwatakan adalah teras dalam sesebuah cereka. Watak merupakan pemain peranan penting dalam sesebuah filem kerana watak yang menghidupkan cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang kisah atau cerita yang hendak di sampaikan oleh pengarang ataupun pengarah filem mahupun penulis skrip.

                Watak terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu watak pipih dan watak bulat. Watak pipih ialah watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhan tetapi diperkenalkan oleh sesuatu aspek keperibadian oleh pengarang. Sebagai contoh, jika seseorang itu diberikan peranan jahat, maka kita hanya akan berhadapan dengan tindak tanduknya yang jahat sahaja di sepanjang sesebuah cerita. Di samping itu, watak pipih pula ialah watak bulat. Watak ini dibangunkan secara keseluruhan dalam sesebuah cerita ataupun filem. Kebiasaannya watak ini digambarkan tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Berbagai-bagai kemungkinan sifat manusia diberikan kepada watak tersebut. Peranan sesebuah watak menimbulkan berbagai-bagai peristiwa dan kisah yang akhirnya menjadikan cerita itu menarik sehinggalah timbulnya perwatakan.

                Perwatakan pula ialah cara seseorang pengarang atau pengarah filem mencipta dan menyusun serta memperlakukan apa sahaja ke atas watak-watak yang ada dalam sesebuah cerita atapun filem yang dihasilkan. Dalam filem ini, pelakon yang ditonjolkan adalah pelakon utama iaitu, Zahiril Adzim sebagai Arman dan Liyana Jasmay sebagai Karlisa. Filem yang dihasilkan ini telah menonjolkan kedua-dua pelakon tersebut agar masyarakat dapat mesej bahawa filem itu dibintangi oleh beberapa pelakon yang terkenal pada ketika itu. Selain itu, dalam poster tersebut juga dapat menggambarkan bahawa cerita itu berkosepkan seram dan tiada unsur komedi. Hal ini dapat dilihat melalui expresi wajah kedua-dua pelakon yang ditonjolkan pada poster tersebut.


LAKONAN

Dari sudut lakonan, persembahan yang diberikan boleh dikategorikan pada tahap yang biasa. Liyana masih lagi kental pesona keremajaan sehingga sedikit sukar untuk memandangnya sebagai gadis dewasa, yang membawakan watak yang berat. Begitu juga dengan watak lakonan Ruminah Sidek sebagai Opah Maimon. Mungkin sudah terbiasa dengan tonasinya dalam Jangan Pandang Belakang, tiada apa yang istimewa pemberiannya kali ini dan juga kurang rasa seramnya.

Pujian wajar diberikan kepada Zahiril Adzim walaupun lakonannya bukan di tahap yang cemerlang tetapi ianya cukup memberangsangkan. Namun begitu, persembahan Zahiril masih tidak cukup untuk 'menyelamatkan' prestasi lakonan keseluruhan pelakon filem ini. Filem ini sebenarnya berpotensi untuk diangkat sebagai filem yang cemerlang berdasarkan cerita dan idea untuk menggabungkan bintang berbakat besar seperti Zahiril dan Liyana, namun, ianya gagal dalam proses penghasilan.

"Chemistry" antara hero dan heroinnya tidak cukup menonjol untuk mencipta magik yang besar ala Edward Cullen dan Bella Swan. Mungkin kerana terlalu bergerak secara selari, focus ceritanya hanya satu, tiada subplot mahupun subteks yang kuat yang boleh menimbulkan perasaan puas dalam diri penggemar filem apabila ditonton. Begitu juga dengan skripnya yang gak kurang meyakinkan di beberapa bahagian. Elemen seram yang cuba ditunjukkan juga boleh dianggap cliché dan mudah diagak.

Walaupun begitu, biarpun banyak kelemahan yang dapat dilihat menerusi ini, ianya tetap mempunyai keistemewaan tersendiri. Ini adalah kerana, segala kerja produksi dan post produksinya dilakukan di Malaysia dengan menggunakan kemudahan Studio Digital Mixstage Finas. Satu langkah yang wajar dipuji kerana hasilnya bagus,terutamanya dari sudut bunyi. Begitu juga dengan kerja kamera yang diberikan oleh Raja Mukhriz. Terdapat beberapa shot dan gerak kamera yang cantik dan menarik perhatian.


KESIMPULAN

'Senjakala' secara keseluruhannya bukanlah sebuah filem yang buruk. Ianya boleh dikategori sebagai ‘pop corn movie’ yang boleh ditonton. Kritikan yang diberikan bukan untuk menjatuhkan tetapi sekadar untuk meluahkan pendapat. Tonton sendiri filem ini dan hakimi sendiri ceritanya.

Dibarisi oleh para pelakon popular tanahair seperti Zahiril Adzhim, Liyana Jasmay dan Faezah Elai, filem yang bergenre seram romantik ini mengisahkan tentang Karlisa (Liyana Jasmay) yang baru sahaja kematian tunangnya akibat kemalangan jalan raya. Karlisa yang terkesan dengan tragedi itu telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya bersama teman baiknya Isabella (Faezah Elai) dan dalam pada masa yang sama, ingatannya terhadap neneknya iaitu Opah Maimon (Ruminah Sidek) juga membuatkannya terpanggil untuk pulang. Di sana, Karlisa dengan secara tidak sengaja telah bertemu dengan Armand (Zahiril Adzim), seorang jejaka misteri yang seakan hidup terasing daripada orang lain.


Bagi Pengenalan berkaitan projek akhir yang akan dijalankan, sila tekan Link di bawah untuk melihat secara umum video yang telah disediakan. 

MOHD SHAFIQ BIN MAHMUD

>>> https://youtu.be/n_mV4VmyWsA <<<


SABIR BIN SYARIFUDDIN

>>> https://youtu.be/ToeEsGT9jY0 <<<


MUHAMMAD JULAZMAN JUPRI

>>> https://youtu.be/zLivToEQvhA <<<

ANALISIS POSTER 

(SENJAKALA)





Bahasa, Watak dan Perwatakan.

Bahasa adalah alat komunikasi yang digunakan sebagai lambang bunyi yang dihasilkan melalui ucapan manusia. Sebagaimana kita ketahui, bahasa terdiri daripada kata-kata atau kumpulan kata. Masing-masing mempunyai makna, yang berhubungkait dengan abstrak antara kata sebagai lambang sesuatu objek atau konsep yang ingin di sampaikan kepada umum. Berdasarkan poster filem “Senjakala”, terdapat elemen bahasa yang digunakan seperti text dan nombor. Berdasarkan elemen tersebut, font yang digunakan terhadap poster kurang menarik dan kurang bersesuaian dengan genre cerita tersebut. Selain jenis font yang tidak sesuai, warna terhadap font tersebut kurang menonjolkan bahawa cerita tersebut kurang menonjolkan aspek seram. Namun, tajuk yang dipaparkan pada poster itu dapat menyampaikan mesej bahawa ada sesuatu dalam cerita tersebut yang berkait rapat dengan tajuk yang cuba ditonjokan itu.

          Di samping itu, terdapat elemen lain seperti watak dan perwatakan. Watak dan perwatakan adalah teras dalam sesebuah cereka. Watak merupakan pemain peranan penting dalam sesebuah filem kerana watak yang menghidupkan cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang kisah atau cerita yang hendak di sampaikan oleh pengarang ataupun pengarah filem mahupun penulis skrip.

 Watak terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu watak pipih dan watak bulat. Watak pipih ialah watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhan tetapi diperkenalkan oleh sesuatu aspek keperibadian oleh pengarang. Sebagai contoh, jika seseorang itu diberikan peranan jahat, maka kita hanya akan berhadapan dengan tindak tanduknya yang jahat sahaja di sepanjang sesebuah cerita. Di samping itu, watak pipih pula ialah watak bulat. Watak ini dibangunkan secara keseluruhan dalam sesebuah cerita ataupun filem. Kebiasaannya watak ini digambarkan tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Berbagai-bagai kemungkinan sifat manusia diberikan kepada watak tersebut. Peranan sesebuah watak menimbulkan berbagai-bagai peristiwa dan kisah yang akhirnya menjadikan cerita itu menarik sehinggalah timbulnya perwatakan.

          Perwatakan pula ialah cara seseorang pengarang atau pengarah filem mencipta dan menyusun serta memperlakukan apa sahaja ke atas watak-watak yang ada dalam sesebuah cerita atapun filem yang dihasilkan. Dalam poster filem ini, pelakon yang ditonjolkan adalah pelakon utama iaitu, Zahiril Adzim sebagai Arman dan Liyana Jasmay sebagai Karlisa. Poster yang dihasilkan ini telah menonjolkan kedua-dua pelakon tersebut agar masyarakat dapat mesej bahawa filem itu dibintangi oleh beberapa pelakon yang terkenal pada ketika itu. Selain itu, dalam poster tersebut juga dapat menggambarkan bahawa cerita itu berkosepkan seram dan tiada unsur komedi. Hal ini dapat dilihat melalui expresi wajah kedua-dua pelakon yang ditonjolkan pada poster tersebut.

          Selain itu, pada poster itu juga terdapat gambar watak seorang wanita yang berwajahkan Pontianak. Hal ini disebabkan kerana, melalui poster tersebut, mesej yang cuba disampaikan kepada umum ialah berkaitan dengan kisah yang seram melibatkan sesuatu yang unsur-unsur paranormal.­


Busana, Peralatan dan Latar Belakang.

Busana merupakan cara pemakaian yang bersesuaian dengan sesuatu keadaan yang mana dalam filem busana yang digunakan haruslah bersesuaian dengan watak-watak yang dimainkan. Dalam filem Senjakala ini, busana yang digunakan pada watak utama iaitu kalisa di mana dia memakai pakaian modern. Hal ini berkesesuaian dengan watak kalisa yang mana kalisa merupakan orang bandara yang datang ke kampung untuk melawat neneknya.  Watak Arman pula memperlihatkan busana tradisional yang mana watak Arman menggunakan singlet putih didalam dan dilapis dengan kemeja putih, mengenakan seluar hitam dan memakain kain ikat kepala. Hal ini memperlihatkan watak orang kampung yang mempunyai ilmu-ilmu tersendiri. Berkesesuaian dengan pemilihan busana kedua watak ini didalam poster dimana busana yang digunakan oleh watak Arman dapat memberi emosi seram kepada audiens bila melihat poster. Ditambahkan lagi dengan busana hantu di dalam poster tersebut yang mana busana berwarna putih yang menampakkan lagi kaseraman filem.

Seterusnya, dari aspek peralatan terdapat beberapa peralatan yang digunakan dalam filem ini. Antaranya ialah penggunaan parang yang mana penggunaan parang ini kurang sesuai dalam filem yang ber gendre seram kerana tiada unsur spiritual. Oleh itu penggunaan keris lebih fleksibel di dalam filen yang bergenre seram kerana ianya dapat memperlihatkan unsur spiritual. Selain itu penggunaan alatan ritual juga digunakan dalam filem ini yang mana ianya dapat melahirkan emosi seram kepada audiens. Alatan ritual yang digunakan bagi proses memindahkan saka dalam filem ini ialah kotak kayu lama, kain merah, belimbing besi, kemenyan dan pelita atau lilin. Alatan ini amat senonim dalam upacara seperti ini yang membuat audiens mengetahui apa yang dibuat dan berkesesuaian dalam filem seram. Penggunaan kuku besi dalam poster juga mampu memperlihatkanwatak kalisa yang mempunyai sumpahan atau saka yang mendampinginya. Hal ini berkesesuaian dengan gengre filem yang mampu memperlihatkan emosi seram dalam poster.

Disamping itu, latar belakang yang digunakan dalam poster filem Senjakala. Latar belakang yang digunakan dari segi warna dimana penggunaan warna hitam mampu menonjolkan emosi seram kepada audiens. Tambahan lagi penggunaan pokok kering yang menampakkan lagi suasana seram dimana pengunaan pokok ini lebih jelas menampakkan unsur spiritual dalam poster ini. Penampakan orang bejalan di bawah pokok besar juga merupakan latar yang digunakan bagi memperlihatkan suasana yang suram dan seram. Hal ini demikian dapat menarik audiens untuk mengetahui lebih lanjut tentang cerita seram. Walau bagaimanapun, penggunaan gambar latar belakang dalam poster ini lebih menarik jika memperlihatkan lebih jelas sedikit gambar pokok besar yang digunakan.


Simbolik, Bangunan dan Unsur Kekaguman.

Dalam sesebuah filem, terdapat beberapa simbolik yang boleh diperhatikan sama ada secara atau tidak sedar oleh penonton yang menonton sesebuah filem tersebut. Hal ini adalah bergantung kepada daya perhatian seseorang penonton itu untuk menangkap maksud yang disampaikan dalam simbol tersebut. Simbol-simbol yang ada dalam filem juga berperanan sebagai salah satu keunikan sepanjang perjalanan sesebuah filem tersebut ditonton dan ianya juga menjadi salah satu isi penting mengapa filem tersebut dihasilkan. Dalam filem Senjakala (2011), antara simbolik yang jelas dapat dilihat dalam filem tersebut ialah penggunaan saka dimana saka merupakan salah satu unsur atau budaya yang sudah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu pada masa dahulu sehingga kini. Bukan sahaja dalam filem, dalam poster filem Senjakala juga dapat dilihat adanya saka sebagai salah satu unsur penarikan kepada orang ramai bahawa filem tersebut akan menggunakan saka sebagai salah satu elemen untuk menggerakkan jalan cerita dalam filem tersebut.
          Seterusnya, dalam poster filem Senjakala kita tidak dapat melihat wujudnya bangunan atau rumah dalam poster filem tersebut. Berlainan pula dalam filem, kita dapat melihat dalam plot-plot yang tertentu menunjukkan strukutur rumah Melayu lama yang digunakan oleh pengarah untuk menonjolkan lagi sifat atau budaya rumah kayu Melayu lama yang ada dalam filem tersebut. Rumah-rumah kayu lama atau tradisional yang ditunjukkan dalam filem tersebut amat cantik dengan ukiran yang tersendiri dan bersesuaian dengan tema bagi filem tersebut iaitu tema seram. Penggunaan rumah-rumah kayu yang lama juga dihubungkan lagi dengan unsur mistik yang ada dalam filem seram tersebut. Justeru, penggunaan struktur rumah kayu yang lama dan cantik adalah tepat untuk digunakan dalam filem tersebut kerana ianya berfungsi menjadi kanvas filem yang mantap dan hebat.

          Antara unsur kekaguman yang dapat dilihat dalam filem Senjakala ialah dalam babak penghujung dalam filem Senjakala ini, kita dapat melihat penggunaan props atau peralatan yang digunakan oleh pengarah filem untuk membuat saka yang dihalau keluar dan terapung di atas udara kemudian terbang setelah dikeluarkan oleh watak ustaz dalam filem tersebut. Hal ini seterusnya memberikan kejutan kepada penonton kerana keberkesanan penggunaan props tersebut. Dari segi visual juga ianya menampakkan sedikit kesan yang sebenar ibarat reality dan tidak seperti filem-filem lain yang menggunakan penyuntingan khas melalui komputer untuk memastikan sesebuah babak tersebut kelihatan lebih realisitik. Selain itu, ciri-ciri khas yang dtambah seperti turunnya hujan dan diikuti dengan tiupan angin pada babak tersebut adalah menggamatkan lagi suasana dan memastikan penonton akan berasa teruja semasa menonton filem tersebut.


Dominasi Watak, Secara Keseluruhan dan Kesimpulan.

Dalam poster filem Senjakala ini sememangnya menepati genre yang dibawanya iaitu seram. Dalam poster ini watak yang dibawa oleh Liyana Jasmin iaitu Khalisha merupakan watak yang dominan, dalam menggerakkan cerita ini bagaimana ianya bermula hingga ke pertengahan dan kemudiannya kearah peleraian. Watak Arman menjadi penyebab kemunculan Qaleysa datang ke kampung Senjalama menjadikan watak Arman difokuskan dalam poster filem Senjakala ini. Walaubagaimanapun, penyebab sebenar Khalisa datang ke kampung halamannya tidak cukup kuat akibatnya impak dramatik tentang percintaan agak kuat dan memberikan elemen seram kurang terserlah dalam diri Arman. Ianya bermula apabila Khalisa datang berkunjung ke Kampung Senjakala iaitu kampung halamannya dan pelbagai peristiwa aneh yang bermula kepada diri dan kawannya. Kemudiaanya terus membawa kepada pertengahan dominasi watak Khalisa memberi gambaran kepadanya tentang sejarah-sejarah lampau kampung yang pernah menimpa keluarganya. Pada akhirnya, Khalisa menutup cerita ini dengan happy ending  iaitu saka yang sebelum ini menghantui Arman dan Khalisa dapat diusir juga walaupun tidak sepenuhnya. Justeru itu, poster ini menekankan watak Qalesya yang dibantu oleh watak utama lelaki iaitu  Arman.

Secara keseluruhannya, poster film genre seram yang membawa tajuk Senjakala ini sememangnya menarik audiens yang meminati genre sedemikian. Ini adalah disebabkan oleh beberapa aspek yang ditekankan dalam poster, seperti bahasa, watak dan perwatakan, busana, peralatan, latar belakang, simbolik, bangunan, unsur kekaguman, dan dominasi watak. Elemen-elemen seperti ini seharusnya ditekankan dalam pembuatan poster untuk memberi gambaran awal kepada bakal penonton selepas teaser dan thriller video. Kesembilan elemen ini saling memainkan peranan yang menarik audien berinterperatasi berkenaan mesej yang disampaikan, maksud tersirat dan tersurat. Dan yang paling penting kaedah-kaedah yang digunakan dalam naratif filem ini menyelusuri hingga peleraian. Ahmad Idham sebagai pengarah dalam filem Senjakala ini sememangnya menyelenggarakan poster filem ini dengan baik dan bermutu setaraf dengan poster-poster yang bertaraf antarabangsa.  

Wednesday, April 25, 2018

BERITA


(1)


Rogol Gadis, 5 Mahasiswa Diberkas
Oleh : Muhammad Julazman bin Jupri

KOTA KINABALU, 18 JANUARI 2018 - 5 Mahasiswa di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) telah diberkas selepas dipercayai terbabit dalam satu kes rogol yang melibatkan seorang gadis berusia dalam lingkungan 22 tahun, Januari lalu.

Kesemua suspek berusia dalam sekitar 23 tahun dan merupakan penuntut di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) telah ditahan semalam dalam pukul 7.30 malam di asrama pelajar yang disediakan oleh pihak polis cawangan Alamesra, Sepanggar, Kota Kinabalu susulan maklumat yang diterima daripada keluarga mangsa.

Ketua polis negeri Sabah, Datuk Mohd Yasmi berkata penahanan tersebut telah dibuat sejurus selepas keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah kelmarin.

“Dalam laporan tersebut, keluarga mangsa menyatakan bahawa mangsa mengenali salah seorang daripada suspek terbabit sebelum mangsa diperkenalkan kepada 4 orang mahasiswa(suspek) yang lainnya di sebuah hotel di Sepanggar pada malam 18 Januari lalu.

“Mangsa kemudiannya mendakwa dia telah dirogol di hotel tersebut secara bergilir-gilir pada hari yang sama sebelum dia mengambil keputusan untuk memberitahu perkara tersebut kepada keluarganya dan membuat laporan polis.” Katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah untuk tindakan susulan.

“Setakat ini kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula pada hari ini hingga 2 Mac depan bagi membantu siasatan. Siasatan telah dilakukan mengikut seksyen 376 kanun kesiksaan atas kesalahan merogol.” Katanya.


(2)

UMS-DBP Meterai Perjanjian Penerbitan Buku Dengan Aplikasi Augmented Reality

Oleh : Muhammad Julazman Jupri

KOTA KINABALU, 22 MAC 2018 - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memeterai satu perjanjian penerbitan buku yang menggunakan aplikasi Augmented Reality (Realiti Berperantara) dalam satu majlis di Dewan Amil Jaya, DBP Cawangan Sabah pagi tadi.

Pemeteraian perjanjian kedua-dua pihak ditandatangani oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin mewakili UMS, dan Pendaftar UMS, No’man Haji Ahmad sebagai saksi di pihak UMS, manakala DBP diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Haji Abdul Adzis Abas dan Pengarah Penerbitan DBP, Tuan Haji Abd. Khalik Sulaiman sebagai saksi.

Turut menyaksikan majlis menandatangani dokumen perjanjian antara UMS dan DBP adalah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Zakaria Edris; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif; dan Pengarah DBP Cawangan Sabah, Hajah Asmiah Ajamain.

Terdahulu, Datuk Abdul Adzis Abas dalam ucapannya berkata, kerjasama penerbitan UMS-DBP melibatkan penerbitan buku interaktif kanak-kanak “Gergasi dan Penghuni di Rumah Panjang” dengan elemen tambahan iaitu melalui aplikasi Augmented Reality.

“Persetujuan kerjasama telah dicapai dengan DBP menerbitkan buku bercetak, manakala UMS membangunkan aplikasi Augmented Reality.

“Bersesuaian dengan trend penerbitan masa kini dan juga memenuhi kehendak generasi muda, DBP tidak ketinggalan menyebarluaskan bahan bacaan berbahasa Melayu dalam persekitaran digital yang pesat supaya dapat dicapai secara maya,” katanya.

Inovasi penerbitan buku “Gergasi dan Penghuni di Rumah Panjang” dengan aplikasi Augmented Reality diusahakan bersama Ketua Unit Penyelidikan Warisan Borneo, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) UMS, Prof. Madya Dr. Low Kok On dan Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) UMS, Prof. Madya Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim.


(3)



Oleh : Muhammad Julazman Jupri

KOTA KINABALU, 25 FEBRUARI 2018 : Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) bersama Kementerian Sains Teknologi  dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya, CyberSecurity Malaysia (CSM) telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) untuk berkolaborasi mewujudkan Klinik Keselamatan Siber hari ini.
Majlis menandatangani MoA tersebut berlangsung di sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu yang menyaksikan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin menandatanganinya bagi pihak UMS sementara CSM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab dan disaksikan oleh Menteri  Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Klinik Keselamatan Siber yang kini dalam proses pembangunan di FKI merupakan satu inisiatif dari UMS untuk menyediakan satu perkhidmatan forensik digital yang mudah serta dipercayai.
Objektif utama diwujudkan Klinik Keselamatan Siber adalah untuk 
membantu mereka yang memerlukan pembaikpulihan maklumat aset atau data daripada pemacu keras yang telah rosak.
Antara perkhidmatan yang akan ditawarkan seperti pemulihan data, sanitasi data dan perkhidmatan konsultansi bukan sahaja kepada agensi kerajaan, malahan syarikat swasta dan orang awam.
Inisiatif ini yang dilaksanakan di bawah program Pembangunan Usahawan MyCyberSecurity Clinic (MyCSC) merupakan satu program perkembangan cawangan MyCSC yang telah dibangunkan oleh pihak CyberSecurity Malaysia.
Program ini bermatlamat untuk menyemarakkan pembangunan keusahawanan khusus dalam bidang keselamatan siber di seluruh Malaysia.
Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, Klinik Keselamatan Siber akan menyediakan platform bagi seluruh rakyat Sabah amnya dan warga UMS khasnya untuk mendapatkan bantuan dan khidmat dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perkhidmatan forensik digital dan perkhidmatan berkaitan ICT daripada sumber yang dipercayai dengan kos yang sangat kompetitif.
“Klinik ini juga merupakan klinik siber yang pertama seumpamanya di Borneo. Secara tidak langsung, ia juga memberi peluang kepada para pelajar UMS untuk memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan selain memberi pendedahan kepada
 bidang kerjaya yang berkaitan dengan forensik digital.
“Melalui klinik ini, ia juga menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam bidang berkaitan dengan keselamatan siber dengan memberikan pendedahan secara praktikal kepada para pelajar dan seterusnya menjadikan UMS sebagai universiti awam pertama di Malaysia yang mempunyai program seumpama ini,” katanya.
Tambah beliau lagi, inisiatif ini juga dilihat sebagai salah satu usaha universiti mempelbagaikan sumber penjanaan pendapatannya.
“Selari dengan hasrat UMS ke arah transformasi Universiti Industri 4.0, inisiatif ini juga akan memberi pendedahan kepada penyelidik tentang potensi penyelidikan
 berkaitan dengan keselamatan siber yang mana potensi kajian kes dan data-data penyelidikan boleh diperoleh dengan lebih mudah.
“Saya percaya, pelbagai bentuk kerjasama boleh dijalinkan pada masa hadapan bersama CSM untuk merealisasikan hasrat UMS ke arah Universiti Industri 4.0,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dato’ Dr. Hj. Amirudin Abdul Wahab berkata, Klinik Keselamatan Siber merupakan inisiatif CSM yang dibangunkan khusus sebagai ‘touch point’ kepada pengguna internet di Malaysia sama ada individu, agensi dan jabatan kerajaan, agensi swasta dan para usahawan kecil dan sederhana.
“Mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan berkaitan keselamatan siber serta bantuan kecemasan siber seperti melaporkan insiden serta ancaman keselamatan siber dengan lebih mudah,” katanya yang turut berterima kasih dengan UMS yang sangat komited mewujudkan Klinik Keselamatan Siber di Sabah.
“Saya berharap agar kerjasama ini dapat melestarikan bidang keselamatan siber di Malaysia, khususnya di negeri Sabah,” katanya lagi.
Klinik Keselamatan Siber ini dijangka akan mula beroperasi pada 15 April 2018.
Muhammad Julazman Jupri


(1)


UMS LAKAR SEJARAH MILIKI HOSPITAL SENDIRI


KOTA KINABALU: Selepas kira-kira 23 tahun diwujudkan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal melakar satu lagi sejarah apabila impian untuk memiliki sebuah hospital sendiri bakal menjadi kenyataan.

Pelancaran bagi pembinaan hospital itu di kampus induk universiti berkenaan, di sini, dijadual disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sempena lawatan beliau ke Sabah, lusa.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr D Kamaruddin D Mudin, berkata hospital itu yang akan dikenali sebagai Smart HUMS dibangunkan sejajar Transformasi Ke Arah Universiti dan Industri 4.0 yang turut merangkumi transformasi digital atau Smart Eco-UMS 4.0.

Katanya, apabila siap, ia adalah sebuah hospital yang canggih dan dilengkapi kemudahan digital sejajar era digital masa kini.

Dr D Kamaruddin berkata, hospital itu bakal dilengkapi teknologi terkini berkaitan penjagaan kesihatan selain pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang perubatan dan yang berkaitan.

Katanya, selain untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan, Smart HUMS akan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada masyarakat di Sabah dan kawasan lain dari seluruh negara.

"Ia juga bakal mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Secara ringkasnya, penubuhan Smart HUMS menjadi pemangkin perubahan dalam bidang penjagaan kesihatan dan latihan perubatan di rantau ini," katanya.

UMS adalah antara universiti awam (UA) yang menawarkan kursus dalam bidang perubatan menerusi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang diwujudkan lebih 10 tahun lalu di kampus induk universiti itu.

Perdana Menteri dijadual menyempurnakan pembinaan hospital itu pada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Hospital Pengajar UMS di kampus induk universiti berkenaan, di sini, pada jam 10 pagi lusa.


(2)


BICARA BUKU KARMA,UMS (Diskusi Menjadi Ruangan Kritis Masyarakat Mahasiswa)


Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam program Bicara Buku Karma di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (Blok Seni) UMS, baru-baru ini.
Seramai 22 orang yang menyertai program tersebut. Mereka terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa Universiti Malaysia Sabah dan masyarakat luar.
Program Bicara Buku ini bertujuan untuk menanam budaya intelek dan kekritisan berfikir kepada mahasiswa. Selain, membuka ruang kepada mahasiswa untuk bertukar pandangan dan berdiskusi mengenai buku-buku yang terpilih.
Minggu ini merupakan minggu kedua berlangsungnya Bicara Buku KARMA. Sebagai pembukaan, KARMA telah mengangkat buku Mahasiswa Menggugat yang dibicarakan oleh Saudara Julazman Jupri dan buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang oleh Saudari Amy pada minggu lepas. Minggu ini pula, KARMA telah membuka ruang diskusi dengan mengangkat buku Cantik Itu Luka yang diterbangkan dari Indonesia dan Blues Orang Jelebu yang dibicarakan oleh Saudari Leaika Aris dan Saudara Mohd Fahreen Bedu.
Menurut Saudara Sabir Syarifuddin, pelajar tahun 2, UMS, program Bicara Buku KARMA ini sangat memberi manfaat kepada mereka yang terlibat. Budaya mengkritik dan menghargai karya tulisan orang lain juga menjadi sebahagian impak dalam berdiskusi.  
“Bicara Buku ini juga menggalakkan pembaca dan pendengar untuk peka terhadap isu semasa bagi menguatkan pembidasan dalam setiap hujah dan persoalan.” Tambahnya lagi.
Menjadi harapan KARMA agar program-program seumpama ini terus segar menjadi pembudayaan dalam kalangan mahasiswa dan sambutan yang lebih menggalakkan daripada mahasiswa dan orang luar.
Bicara Buku KARMA ini berlangsung secara berkala. Setiap hari jumaat sepanjang 14 minggu. Program ini terbuka kepada seluruh masyarakat : mahasiswa dalam UMS ataupun luar UMS. Budaya diskusi, budaya mahasiswa. Salam Kesenian, Intelektual dan Kemasyarakatan.


(3)


PELAJAR UMS DIANCAM RISIKO ROGOL


5 Oktober 2018 telah terjadi satu kejadian rogol di Pantai Odec, Universiti Malaysia Sabah. Mangsa yang merupakan dari program HA11 Seni Kreatif dikenali dengan nama Nur bukan nama sebenar, dipercayai dipukul dari belakang sehingga tidak sedarkan diri. Mangsa yang dijumpai didalam belukar tidak berpakaian serta berdarah dibahagian kepala belakang.

“Awal pagi saya seperti biasa mahu membersihkan Kawasan pantai ini, tetapi saya lihat ada baju bertempiaran, kemudian membawa saya kepada lokasi mangsa” Ahmad , pembersih sampah 20 tahun yang menjumpai mangsa.

Siasatan lanjut dijalankan secara meluas sejurus mangsa sedarkan diri. Dalam tempoh kurang 24jam, sebanyak 5 pelajar lelaki juga ditahan untuk disoal siasat di Balai Polis Kepayan untuk keterangan lanjut.

“Setakat ini, siasatan berjalan lancar, mangsa dalam keadaan stabil dan mengalami trauma akibat kejadian itu. Pelaku jenayah akan dikesan dengan segera dan akan dikenakan tindakan penjara 4 tahun dan sebatan atau 40 ribu deda ataupun kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan dalam Akta Jenayah (574) Kanun Keseksaan (Paksaan)” kata Inspektor Shafiq yang bertanggungjawab mengendalikan kes tersebut.

Sabir Bin Syarifuddin


(1)


Seorang Pelajar Dirogol Secara Rakus.



Kota Kinabalu : Kejadian seorang pelajar dirogol secara beramai-ramai telah berlaku di dalam Kawasan salah sebuah Universiti tempatan. Dalam kejadian rogol tersebut, dipercayai seorang pelajar wanita telah dirogol oleh lima orang lelaki yang merupakan pelajar universiti yang sama. Ketua keselamatan universiti iaitu Inspektor telah mengesahkan kejadian itu berlaku disebabkan dendam kepada mangsa tersebut.

Kes rogol ini merupakan kes yang pertama berlaku di dalam Kawasan univeriti itu. Pihak universiti bahagian Hal Ehwal Pelajar, mengesahkan bahawa mangsa dan kesemua suspek yang terlibat adalah pelajar tahun akhir. Tambahan lagi, kejadian itu juga masih dalam siasatan dan pihak universiti telah melaporkan kejadian tersebut kepada balai yang berdekatan serta berjanji akan mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelaku kes rogol tersebut. Pihak universiti dan pihak polis berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut.

Pihak keselamatan universiti mengambil langkah menutup kawasan tersebut untuk memudahkan proses siasatan dijalankan. Menurut pegawai polis, kelima-lima  suspek ini akan ditahan mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan.


(2)

 KEMBARA BENDERA MERAH


Kota Kinabalu : Bendera Merah atau lebih dikenali sebagai Nusantara Melayu Raya (NUMERA) telah membuat pengemabaraan yang bermula daripada Negara Brunei hinggalah ke Negeri Di Bawah Bayu. Pengembaraan ini membawa seribu satu makna kepada negeri ini terutama pengiat seni tanah air Di Bawah Bayu ini.

          15 MAC 2018 adalah merupakan satu Tarikh yang paling bersejarah dalam dunia pengiat sastera. Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah merupakan sasterawan negara Malaysia yang ke 11 merangkap sebagai presiden Persatuan Sasterawan NUMERA Malaysia dan rombongan bendera merah telah datang ke Sabah bagi membuat pengembaraan.

          Perjalanan di Bumi Sabah rombongan itu telah bermula di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan negeri Sabah. Ketika berada di sana, KEMALA sempat menyampaikan beberapa puisinya ketika memberikan ucapannya. Selain itu, rombongan yang menyertai sekali turut menyampaikan puisi.

          Seterusnya, penggembaraan itu diteruskan ke Universiti Malaysia Sabah. Mereka telah disambut baik oleh pengiat sastera muda. Program yang dijalankan dalam universiti tersebut di adakan di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Blok Seni. Program tersebut telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti iaitu Prof Ismail Ibrahim.Ketika program itu bermula, KEMALA telah dijemput untuk membuat ucapan. Dalam ucapan beliau, ada menjelaskan apa itu NUMERA dan tujuan penggembaraan itu. Penggembaraan itu adalah bertujuan untuk mengangkat kesusasteraan secara konsisten dan menduniakan Bahasa Melayu.

          Pengisian program tersebut telah dipenuhi dengan bacaan puisi daripada Umar Uzair baca puisi Cenderawasih (puisi yang didendangkan seperti lagu), pak cik Amir baca puisi KAMALA (40 MIM), Shirley baca puisi Bahasa Bertamsilkan Dosa dan peserta daripada tahun 2 dan tahun 3 (major penulisan).


(3)

Perasmian HUMS oleh Najib


KOTA KINABALU: Pada 2 Mac 2018, Datuk Seri Najib Razak telah membuat perasmian sebuah hospital di salah sebuah Universiti tempatan di Sabah. Hospital itu dikenali sebagai Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS). Menurut beliau, projek ini merupakan satu projek ikonik yang bukan saja memberi manfaat kepada pelajar universiti itu, malah rakyat Sabah akan menikmati khidmat penjagaan kesihatan pada kos minimum.

          Kehadirian Najib pada majlis itu turut mengimbau nostalgia ketika beliau membuat perasmian majlis pecah tanah di kampus UMS ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan pada tahun 1995. Tayang montaj juga turut disediakan oleh pihak pengurusan UMS khas buat Najib bagi menimbau nostaljia tersebut.

          Perdana Menteri berkata, Malaysia telah diiktiraf antara lima buah negara terbaik di dunia dalam bidang kesihatan kerana berupaya mewarakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Tambahnya lagi, usaha untuk terus memberikan khidmat terbaik dalam perkhidmatan kesihatan akan terus ditingkatkan dengan memperbanyakan lagi prasana yang sedia ada termasuk di luar bandar.

Yang turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, Pengurus Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Azmi dan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

MOHD SHAFIQ BIN MAHMUD


Tuesday, April 24, 2018

PUISI GRAFIK


MUHAMMAD JULAZMAN BIN JUPRI


SABIR BIN SYARIFUDDIN


MOHD SHAFIQ BIN MAHMUD


KATA-KATA HIKMAH


MUHAMMAD JULAZMAN BIN JUPRI


SABIR BIN SYARIFUDDIN

MOHD SHAFIQ BIN MAHMUD

Monday, March 19, 2018

Pandangan Kabur


Pandangan Kabur

Kehidupan tidak selalunya indah. Kadang di bawah kadang di atas. Itu sudah menjadi kata punjangga. Andai kehidupan ini mampu dijelaskan lebih jelas daripada kekaburan seperti gambar di atas pasti akan dapat kamu rasakan. Tapi apakan daya, hanya kudrat tulang tiga kerat sahaja untuk melalui kehidupan yang penuh dengan panca robah. Semoga dunia akan terus bersinar dengan sejahtera

RASA DIKONGSI, KATA DIBUKA

Dalam perkongsian ini adalah sekadar menyatakan rasa tentang apa yang disusuri. Apa yang dinyatakan berbeza daripada sesama, kerana ianya bukan satu atau dua, tapi tiga. Para pembaca diharap dapat merasa melalui kaedah interpretasi sendiri. 

Yang Benar,
MukjizatPena.blogspot.com