Tuesday, May 1, 2018

ANALISIS FILEM 
(SENJAKALA)

ANALISIS FILEM SENJAKALA (2011)
SINOPSIS

Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut. Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka. Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri. Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina. Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut. Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka. Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan.


WATAK

Terdapat elemen lain seperti watak dan perwatakan. Watak dan perwatakan adalah teras dalam sesebuah cereka. Watak merupakan pemain peranan penting dalam sesebuah filem kerana watak yang menghidupkan cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang kisah atau cerita yang hendak di sampaikan oleh pengarang ataupun pengarah filem mahupun penulis skrip.

                Watak terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu watak pipih dan watak bulat. Watak pipih ialah watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhan tetapi diperkenalkan oleh sesuatu aspek keperibadian oleh pengarang. Sebagai contoh, jika seseorang itu diberikan peranan jahat, maka kita hanya akan berhadapan dengan tindak tanduknya yang jahat sahaja di sepanjang sesebuah cerita. Di samping itu, watak pipih pula ialah watak bulat. Watak ini dibangunkan secara keseluruhan dalam sesebuah cerita ataupun filem. Kebiasaannya watak ini digambarkan tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Berbagai-bagai kemungkinan sifat manusia diberikan kepada watak tersebut. Peranan sesebuah watak menimbulkan berbagai-bagai peristiwa dan kisah yang akhirnya menjadikan cerita itu menarik sehinggalah timbulnya perwatakan.

                Perwatakan pula ialah cara seseorang pengarang atau pengarah filem mencipta dan menyusun serta memperlakukan apa sahaja ke atas watak-watak yang ada dalam sesebuah cerita atapun filem yang dihasilkan. Dalam filem ini, pelakon yang ditonjolkan adalah pelakon utama iaitu, Zahiril Adzim sebagai Arman dan Liyana Jasmay sebagai Karlisa. Filem yang dihasilkan ini telah menonjolkan kedua-dua pelakon tersebut agar masyarakat dapat mesej bahawa filem itu dibintangi oleh beberapa pelakon yang terkenal pada ketika itu. Selain itu, dalam poster tersebut juga dapat menggambarkan bahawa cerita itu berkosepkan seram dan tiada unsur komedi. Hal ini dapat dilihat melalui expresi wajah kedua-dua pelakon yang ditonjolkan pada poster tersebut.


LAKONAN

Dari sudut lakonan, persembahan yang diberikan boleh dikategorikan pada tahap yang biasa. Liyana masih lagi kental pesona keremajaan sehingga sedikit sukar untuk memandangnya sebagai gadis dewasa, yang membawakan watak yang berat. Begitu juga dengan watak lakonan Ruminah Sidek sebagai Opah Maimon. Mungkin sudah terbiasa dengan tonasinya dalam Jangan Pandang Belakang, tiada apa yang istimewa pemberiannya kali ini dan juga kurang rasa seramnya.

Pujian wajar diberikan kepada Zahiril Adzim walaupun lakonannya bukan di tahap yang cemerlang tetapi ianya cukup memberangsangkan. Namun begitu, persembahan Zahiril masih tidak cukup untuk 'menyelamatkan' prestasi lakonan keseluruhan pelakon filem ini. Filem ini sebenarnya berpotensi untuk diangkat sebagai filem yang cemerlang berdasarkan cerita dan idea untuk menggabungkan bintang berbakat besar seperti Zahiril dan Liyana, namun, ianya gagal dalam proses penghasilan.

"Chemistry" antara hero dan heroinnya tidak cukup menonjol untuk mencipta magik yang besar ala Edward Cullen dan Bella Swan. Mungkin kerana terlalu bergerak secara selari, focus ceritanya hanya satu, tiada subplot mahupun subteks yang kuat yang boleh menimbulkan perasaan puas dalam diri penggemar filem apabila ditonton. Begitu juga dengan skripnya yang gak kurang meyakinkan di beberapa bahagian. Elemen seram yang cuba ditunjukkan juga boleh dianggap cliché dan mudah diagak.

Walaupun begitu, biarpun banyak kelemahan yang dapat dilihat menerusi ini, ianya tetap mempunyai keistemewaan tersendiri. Ini adalah kerana, segala kerja produksi dan post produksinya dilakukan di Malaysia dengan menggunakan kemudahan Studio Digital Mixstage Finas. Satu langkah yang wajar dipuji kerana hasilnya bagus,terutamanya dari sudut bunyi. Begitu juga dengan kerja kamera yang diberikan oleh Raja Mukhriz. Terdapat beberapa shot dan gerak kamera yang cantik dan menarik perhatian.


KESIMPULAN

'Senjakala' secara keseluruhannya bukanlah sebuah filem yang buruk. Ianya boleh dikategori sebagai ‘pop corn movie’ yang boleh ditonton. Kritikan yang diberikan bukan untuk menjatuhkan tetapi sekadar untuk meluahkan pendapat. Tonton sendiri filem ini dan hakimi sendiri ceritanya.

Dibarisi oleh para pelakon popular tanahair seperti Zahiril Adzhim, Liyana Jasmay dan Faezah Elai, filem yang bergenre seram romantik ini mengisahkan tentang Karlisa (Liyana Jasmay) yang baru sahaja kematian tunangnya akibat kemalangan jalan raya. Karlisa yang terkesan dengan tragedi itu telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya bersama teman baiknya Isabella (Faezah Elai) dan dalam pada masa yang sama, ingatannya terhadap neneknya iaitu Opah Maimon (Ruminah Sidek) juga membuatkannya terpanggil untuk pulang. Di sana, Karlisa dengan secara tidak sengaja telah bertemu dengan Armand (Zahiril Adzim), seorang jejaka misteri yang seakan hidup terasing daripada orang lain.


Bagi Pengenalan berkaitan projek akhir yang akan dijalankan, sila tekan Link di bawah untuk melihat secara umum video yang telah disediakan. 

MOHD SHAFIQ BIN MAHMUD

>>> https://youtu.be/n_mV4VmyWsA <<<


SABIR BIN SYARIFUDDIN

>>> https://youtu.be/ToeEsGT9jY0 <<<


MUHAMMAD JULAZMAN JUPRI

>>> https://youtu.be/zLivToEQvhA <<<

ANALISIS POSTER 

(SENJAKALA)





Bahasa, Watak dan Perwatakan.

Bahasa adalah alat komunikasi yang digunakan sebagai lambang bunyi yang dihasilkan melalui ucapan manusia. Sebagaimana kita ketahui, bahasa terdiri daripada kata-kata atau kumpulan kata. Masing-masing mempunyai makna, yang berhubungkait dengan abstrak antara kata sebagai lambang sesuatu objek atau konsep yang ingin di sampaikan kepada umum. Berdasarkan poster filem “Senjakala”, terdapat elemen bahasa yang digunakan seperti text dan nombor. Berdasarkan elemen tersebut, font yang digunakan terhadap poster kurang menarik dan kurang bersesuaian dengan genre cerita tersebut. Selain jenis font yang tidak sesuai, warna terhadap font tersebut kurang menonjolkan bahawa cerita tersebut kurang menonjolkan aspek seram. Namun, tajuk yang dipaparkan pada poster itu dapat menyampaikan mesej bahawa ada sesuatu dalam cerita tersebut yang berkait rapat dengan tajuk yang cuba ditonjokan itu.

          Di samping itu, terdapat elemen lain seperti watak dan perwatakan. Watak dan perwatakan adalah teras dalam sesebuah cereka. Watak merupakan pemain peranan penting dalam sesebuah filem kerana watak yang menghidupkan cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang kisah atau cerita yang hendak di sampaikan oleh pengarang ataupun pengarah filem mahupun penulis skrip.

 Watak terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu watak pipih dan watak bulat. Watak pipih ialah watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhan tetapi diperkenalkan oleh sesuatu aspek keperibadian oleh pengarang. Sebagai contoh, jika seseorang itu diberikan peranan jahat, maka kita hanya akan berhadapan dengan tindak tanduknya yang jahat sahaja di sepanjang sesebuah cerita. Di samping itu, watak pipih pula ialah watak bulat. Watak ini dibangunkan secara keseluruhan dalam sesebuah cerita ataupun filem. Kebiasaannya watak ini digambarkan tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Berbagai-bagai kemungkinan sifat manusia diberikan kepada watak tersebut. Peranan sesebuah watak menimbulkan berbagai-bagai peristiwa dan kisah yang akhirnya menjadikan cerita itu menarik sehinggalah timbulnya perwatakan.

          Perwatakan pula ialah cara seseorang pengarang atau pengarah filem mencipta dan menyusun serta memperlakukan apa sahaja ke atas watak-watak yang ada dalam sesebuah cerita atapun filem yang dihasilkan. Dalam poster filem ini, pelakon yang ditonjolkan adalah pelakon utama iaitu, Zahiril Adzim sebagai Arman dan Liyana Jasmay sebagai Karlisa. Poster yang dihasilkan ini telah menonjolkan kedua-dua pelakon tersebut agar masyarakat dapat mesej bahawa filem itu dibintangi oleh beberapa pelakon yang terkenal pada ketika itu. Selain itu, dalam poster tersebut juga dapat menggambarkan bahawa cerita itu berkosepkan seram dan tiada unsur komedi. Hal ini dapat dilihat melalui expresi wajah kedua-dua pelakon yang ditonjolkan pada poster tersebut.

          Selain itu, pada poster itu juga terdapat gambar watak seorang wanita yang berwajahkan Pontianak. Hal ini disebabkan kerana, melalui poster tersebut, mesej yang cuba disampaikan kepada umum ialah berkaitan dengan kisah yang seram melibatkan sesuatu yang unsur-unsur paranormal.­


Busana, Peralatan dan Latar Belakang.

Busana merupakan cara pemakaian yang bersesuaian dengan sesuatu keadaan yang mana dalam filem busana yang digunakan haruslah bersesuaian dengan watak-watak yang dimainkan. Dalam filem Senjakala ini, busana yang digunakan pada watak utama iaitu kalisa di mana dia memakai pakaian modern. Hal ini berkesesuaian dengan watak kalisa yang mana kalisa merupakan orang bandara yang datang ke kampung untuk melawat neneknya.  Watak Arman pula memperlihatkan busana tradisional yang mana watak Arman menggunakan singlet putih didalam dan dilapis dengan kemeja putih, mengenakan seluar hitam dan memakain kain ikat kepala. Hal ini memperlihatkan watak orang kampung yang mempunyai ilmu-ilmu tersendiri. Berkesesuaian dengan pemilihan busana kedua watak ini didalam poster dimana busana yang digunakan oleh watak Arman dapat memberi emosi seram kepada audiens bila melihat poster. Ditambahkan lagi dengan busana hantu di dalam poster tersebut yang mana busana berwarna putih yang menampakkan lagi kaseraman filem.

Seterusnya, dari aspek peralatan terdapat beberapa peralatan yang digunakan dalam filem ini. Antaranya ialah penggunaan parang yang mana penggunaan parang ini kurang sesuai dalam filem yang ber gendre seram kerana tiada unsur spiritual. Oleh itu penggunaan keris lebih fleksibel di dalam filen yang bergenre seram kerana ianya dapat memperlihatkan unsur spiritual. Selain itu penggunaan alatan ritual juga digunakan dalam filem ini yang mana ianya dapat melahirkan emosi seram kepada audiens. Alatan ritual yang digunakan bagi proses memindahkan saka dalam filem ini ialah kotak kayu lama, kain merah, belimbing besi, kemenyan dan pelita atau lilin. Alatan ini amat senonim dalam upacara seperti ini yang membuat audiens mengetahui apa yang dibuat dan berkesesuaian dalam filem seram. Penggunaan kuku besi dalam poster juga mampu memperlihatkanwatak kalisa yang mempunyai sumpahan atau saka yang mendampinginya. Hal ini berkesesuaian dengan gengre filem yang mampu memperlihatkan emosi seram dalam poster.

Disamping itu, latar belakang yang digunakan dalam poster filem Senjakala. Latar belakang yang digunakan dari segi warna dimana penggunaan warna hitam mampu menonjolkan emosi seram kepada audiens. Tambahan lagi penggunaan pokok kering yang menampakkan lagi suasana seram dimana pengunaan pokok ini lebih jelas menampakkan unsur spiritual dalam poster ini. Penampakan orang bejalan di bawah pokok besar juga merupakan latar yang digunakan bagi memperlihatkan suasana yang suram dan seram. Hal ini demikian dapat menarik audiens untuk mengetahui lebih lanjut tentang cerita seram. Walau bagaimanapun, penggunaan gambar latar belakang dalam poster ini lebih menarik jika memperlihatkan lebih jelas sedikit gambar pokok besar yang digunakan.


Simbolik, Bangunan dan Unsur Kekaguman.

Dalam sesebuah filem, terdapat beberapa simbolik yang boleh diperhatikan sama ada secara atau tidak sedar oleh penonton yang menonton sesebuah filem tersebut. Hal ini adalah bergantung kepada daya perhatian seseorang penonton itu untuk menangkap maksud yang disampaikan dalam simbol tersebut. Simbol-simbol yang ada dalam filem juga berperanan sebagai salah satu keunikan sepanjang perjalanan sesebuah filem tersebut ditonton dan ianya juga menjadi salah satu isi penting mengapa filem tersebut dihasilkan. Dalam filem Senjakala (2011), antara simbolik yang jelas dapat dilihat dalam filem tersebut ialah penggunaan saka dimana saka merupakan salah satu unsur atau budaya yang sudah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu pada masa dahulu sehingga kini. Bukan sahaja dalam filem, dalam poster filem Senjakala juga dapat dilihat adanya saka sebagai salah satu unsur penarikan kepada orang ramai bahawa filem tersebut akan menggunakan saka sebagai salah satu elemen untuk menggerakkan jalan cerita dalam filem tersebut.
          Seterusnya, dalam poster filem Senjakala kita tidak dapat melihat wujudnya bangunan atau rumah dalam poster filem tersebut. Berlainan pula dalam filem, kita dapat melihat dalam plot-plot yang tertentu menunjukkan strukutur rumah Melayu lama yang digunakan oleh pengarah untuk menonjolkan lagi sifat atau budaya rumah kayu Melayu lama yang ada dalam filem tersebut. Rumah-rumah kayu lama atau tradisional yang ditunjukkan dalam filem tersebut amat cantik dengan ukiran yang tersendiri dan bersesuaian dengan tema bagi filem tersebut iaitu tema seram. Penggunaan rumah-rumah kayu yang lama juga dihubungkan lagi dengan unsur mistik yang ada dalam filem seram tersebut. Justeru, penggunaan struktur rumah kayu yang lama dan cantik adalah tepat untuk digunakan dalam filem tersebut kerana ianya berfungsi menjadi kanvas filem yang mantap dan hebat.

          Antara unsur kekaguman yang dapat dilihat dalam filem Senjakala ialah dalam babak penghujung dalam filem Senjakala ini, kita dapat melihat penggunaan props atau peralatan yang digunakan oleh pengarah filem untuk membuat saka yang dihalau keluar dan terapung di atas udara kemudian terbang setelah dikeluarkan oleh watak ustaz dalam filem tersebut. Hal ini seterusnya memberikan kejutan kepada penonton kerana keberkesanan penggunaan props tersebut. Dari segi visual juga ianya menampakkan sedikit kesan yang sebenar ibarat reality dan tidak seperti filem-filem lain yang menggunakan penyuntingan khas melalui komputer untuk memastikan sesebuah babak tersebut kelihatan lebih realisitik. Selain itu, ciri-ciri khas yang dtambah seperti turunnya hujan dan diikuti dengan tiupan angin pada babak tersebut adalah menggamatkan lagi suasana dan memastikan penonton akan berasa teruja semasa menonton filem tersebut.


Dominasi Watak, Secara Keseluruhan dan Kesimpulan.

Dalam poster filem Senjakala ini sememangnya menepati genre yang dibawanya iaitu seram. Dalam poster ini watak yang dibawa oleh Liyana Jasmin iaitu Khalisha merupakan watak yang dominan, dalam menggerakkan cerita ini bagaimana ianya bermula hingga ke pertengahan dan kemudiannya kearah peleraian. Watak Arman menjadi penyebab kemunculan Qaleysa datang ke kampung Senjalama menjadikan watak Arman difokuskan dalam poster filem Senjakala ini. Walaubagaimanapun, penyebab sebenar Khalisa datang ke kampung halamannya tidak cukup kuat akibatnya impak dramatik tentang percintaan agak kuat dan memberikan elemen seram kurang terserlah dalam diri Arman. Ianya bermula apabila Khalisa datang berkunjung ke Kampung Senjakala iaitu kampung halamannya dan pelbagai peristiwa aneh yang bermula kepada diri dan kawannya. Kemudiaanya terus membawa kepada pertengahan dominasi watak Khalisa memberi gambaran kepadanya tentang sejarah-sejarah lampau kampung yang pernah menimpa keluarganya. Pada akhirnya, Khalisa menutup cerita ini dengan happy ending  iaitu saka yang sebelum ini menghantui Arman dan Khalisa dapat diusir juga walaupun tidak sepenuhnya. Justeru itu, poster ini menekankan watak Qalesya yang dibantu oleh watak utama lelaki iaitu  Arman.

Secara keseluruhannya, poster film genre seram yang membawa tajuk Senjakala ini sememangnya menarik audiens yang meminati genre sedemikian. Ini adalah disebabkan oleh beberapa aspek yang ditekankan dalam poster, seperti bahasa, watak dan perwatakan, busana, peralatan, latar belakang, simbolik, bangunan, unsur kekaguman, dan dominasi watak. Elemen-elemen seperti ini seharusnya ditekankan dalam pembuatan poster untuk memberi gambaran awal kepada bakal penonton selepas teaser dan thriller video. Kesembilan elemen ini saling memainkan peranan yang menarik audien berinterperatasi berkenaan mesej yang disampaikan, maksud tersirat dan tersurat. Dan yang paling penting kaedah-kaedah yang digunakan dalam naratif filem ini menyelusuri hingga peleraian. Ahmad Idham sebagai pengarah dalam filem Senjakala ini sememangnya menyelenggarakan poster filem ini dengan baik dan bermutu setaraf dengan poster-poster yang bertaraf antarabangsa.