BERITA
(1)
Rogol Gadis, 5 Mahasiswa Diberkas
Oleh : Muhammad Julazman bin Jupri
KOTA
KINABALU, 18 JANUARI 2018 - 5 Mahasiswa di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)
telah diberkas selepas dipercayai terbabit dalam satu kes rogol yang melibatkan
seorang gadis berusia dalam lingkungan 22 tahun, Januari lalu.
Kesemua
suspek berusia dalam sekitar 23 tahun dan merupakan penuntut di salah sebuah
Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) telah ditahan semalam dalam pukul 7.30
malam di asrama pelajar yang disediakan oleh pihak polis cawangan Alamesra,
Sepanggar, Kota Kinabalu susulan maklumat yang diterima daripada keluarga
mangsa.
Ketua polis
negeri Sabah, Datuk Mohd Yasmi berkata penahanan tersebut telah dibuat sejurus
selepas keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota
Kinabalu, Sabah kelmarin.
“Dalam
laporan tersebut, keluarga mangsa menyatakan bahawa mangsa mengenali salah
seorang daripada suspek terbabit sebelum mangsa diperkenalkan kepada 4 orang
mahasiswa(suspek) yang lainnya di sebuah hotel di Sepanggar pada malam 18
Januari lalu.
“Mangsa
kemudiannya mendakwa dia telah dirogol di hotel tersebut secara bergilir-gilir
pada hari yang sama sebelum dia mengambil keputusan untuk memberitahu perkara
tersebut kepada keluarganya dan membuat laporan polis.” Katanya ketika
dihubungi hari ini.
Beliau
berkata kesemua suspek telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota
Kinabalu, Sabah untuk tindakan susulan.
“Setakat
ini kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula pada hari ini hingga
2 Mac depan bagi membantu siasatan. Siasatan telah dilakukan mengikut seksyen
376 kanun kesiksaan atas kesalahan merogol.” Katanya.
(2)
UMS-DBP Meterai Perjanjian Penerbitan
Buku Dengan Aplikasi Augmented Reality
Oleh : Muhammad Julazman Jupri
KOTA KINABALU, 22 MAC 2018 - Universiti
Malaysia Sabah (UMS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memeterai satu
perjanjian penerbitan buku yang menggunakan aplikasi Augmented Reality (Realiti
Berperantara) dalam satu majlis di Dewan Amil Jaya, DBP Cawangan Sabah pagi
tadi.
Pemeteraian perjanjian kedua-dua pihak
ditandatangani oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin
mewakili UMS, dan Pendaftar UMS, No’man Haji Ahmad sebagai saksi di pihak UMS,
manakala DBP diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Haji Abdul Adzis Abas dan
Pengarah Penerbitan DBP, Tuan Haji Abd. Khalik Sulaiman sebagai saksi.
Turut menyaksikan majlis menandatangani dokumen
perjanjian antara UMS dan DBP adalah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan
Perumahan Sabah, Datuk Zakaria Edris; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri
Sabah merangkap Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Datuk
Haji Mohd Ariffin Mohd Arif; dan Pengarah DBP Cawangan Sabah, Hajah Asmiah
Ajamain.
Terdahulu, Datuk Abdul Adzis Abas dalam ucapannya
berkata, kerjasama penerbitan UMS-DBP melibatkan penerbitan buku interaktif
kanak-kanak “Gergasi dan Penghuni di Rumah Panjang” dengan elemen tambahan
iaitu melalui aplikasi Augmented Reality.
“Persetujuan kerjasama telah dicapai dengan DBP
menerbitkan buku bercetak, manakala UMS membangunkan aplikasi Augmented
Reality.
“Bersesuaian dengan trend penerbitan masa kini dan
juga memenuhi kehendak generasi muda, DBP tidak ketinggalan menyebarluaskan
bahan bacaan berbahasa Melayu dalam persekitaran digital yang pesat supaya
dapat dicapai secara maya,” katanya.
Inovasi penerbitan buku “Gergasi dan Penghuni di
Rumah Panjang” dengan aplikasi Augmented Reality diusahakan bersama Ketua Unit
Penyelidikan Warisan Borneo, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) UMS,
Prof. Madya Dr. Low Kok On dan Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI)
UMS, Prof. Madya Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim.
(3)
Oleh : Muhammad Julazman Jupri
KOTA KINABALU, 25 FEBRUARI 2018 :
Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI)
bersama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui
agensinya, CyberSecurity Malaysia (CSM) telah menandatangani memorandum
perjanjian (MoA) untuk berkolaborasi mewujudkan Klinik Keselamatan Siber hari
ini.
Majlis menandatangani MoA tersebut berlangsung di sebuah
hotel di Bandaraya Kota Kinabalu yang menyaksikan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk
Dr. D Kamarudin D Mudin menandatanganinya bagi pihak UMS sementara CSM diwakili
oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab dan
disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima
Wilfred Madius Tangau.
Klinik Keselamatan Siber yang kini dalam proses pembangunan
di FKI merupakan satu inisiatif dari UMS untuk menyediakan satu perkhidmatan
forensik digital yang mudah serta dipercayai.
Objektif utama diwujudkan Klinik Keselamatan Siber adalah
untuk
membantu mereka yang memerlukan pembaikpulihan maklumat aset atau data
daripada pemacu keras yang telah rosak.
Antara perkhidmatan yang akan ditawarkan seperti pemulihan
data, sanitasi data dan perkhidmatan konsultansi bukan sahaja kepada agensi
kerajaan, malahan syarikat swasta dan orang awam.
Inisiatif ini yang dilaksanakan di bawah program Pembangunan
Usahawan MyCyberSecurity Clinic (MyCSC) merupakan satu program perkembangan
cawangan MyCSC yang telah dibangunkan oleh pihak CyberSecurity Malaysia.
Program ini bermatlamat untuk menyemarakkan pembangunan
keusahawanan khusus dalam bidang keselamatan siber di seluruh Malaysia.
Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, Klinik
Keselamatan Siber akan menyediakan platform bagi seluruh rakyat Sabah amnya dan
warga UMS khasnya untuk mendapatkan bantuan dan khidmat dalam menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan perkhidmatan forensik digital dan perkhidmatan
berkaitan ICT daripada sumber yang dipercayai dengan kos yang sangat
kompetitif.
“Klinik ini juga merupakan klinik siber yang pertama
seumpamanya di Borneo. Secara tidak langsung, ia juga memberi peluang kepada
para pelajar UMS untuk memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan selain memberi
pendedahan kepada
bidang kerjaya yang berkaitan dengan forensik digital.
“Melalui klinik ini, ia juga menyokong aktiviti pengajaran
dan pembelajaran terutamanya dalam bidang berkaitan dengan keselamatan siber
dengan memberikan pendedahan secara praktikal kepada para pelajar dan
seterusnya menjadikan UMS sebagai universiti awam pertama di Malaysia yang
mempunyai program seumpama ini,” katanya.
Tambah beliau lagi, inisiatif ini juga dilihat sebagai salah
satu usaha universiti mempelbagaikan sumber penjanaan pendapatannya.
“Selari dengan hasrat UMS ke arah transformasi Universiti
Industri 4.0, inisiatif ini juga akan memberi pendedahan kepada penyelidik
tentang potensi penyelidikan
berkaitan dengan keselamatan siber yang mana
potensi kajian kes dan data-data penyelidikan boleh diperoleh dengan lebih
mudah.
“Saya percaya, pelbagai bentuk kerjasama boleh dijalinkan
pada masa hadapan bersama CSM untuk merealisasikan hasrat UMS ke arah
Universiti Industri 4.0,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dato’ Dr. Hj. Amirudin Abdul Wahab berkata,
Klinik Keselamatan Siber merupakan inisiatif CSM yang dibangunkan khusus
sebagai ‘touch point’ kepada pengguna internet di Malaysia sama ada individu,
agensi dan jabatan kerajaan, agensi swasta dan para usahawan kecil dan
sederhana.
“Mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan berkaitan
keselamatan siber serta bantuan kecemasan siber seperti melaporkan insiden
serta ancaman keselamatan siber dengan lebih mudah,” katanya yang turut
berterima kasih dengan UMS yang sangat komited mewujudkan Klinik Keselamatan
Siber di Sabah.
“Saya berharap agar kerjasama ini dapat melestarikan bidang
keselamatan siber di Malaysia, khususnya di negeri Sabah,” katanya lagi.
Klinik Keselamatan Siber ini dijangka akan mula beroperasi
pada 15 April 2018.
Muhammad Julazman Jupri
(1)
UMS LAKAR
SEJARAH MILIKI HOSPITAL SENDIRI
KOTA KINABALU: Selepas kira-kira 23
tahun diwujudkan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal melakar satu lagi
sejarah apabila impian untuk memiliki sebuah hospital sendiri bakal menjadi
kenyataan.
Pelancaran bagi pembinaan hospital itu
di kampus induk universiti berkenaan, di sini, dijadual disempurnakan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sempena lawatan beliau ke Sabah, lusa.
Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr D
Kamaruddin D Mudin, berkata hospital itu yang akan dikenali sebagai Smart HUMS
dibangunkan sejajar Transformasi Ke Arah Universiti dan Industri 4.0 yang turut
merangkumi transformasi digital atau Smart Eco-UMS 4.0.
Katanya, apabila siap, ia adalah sebuah
hospital yang canggih dan dilengkapi kemudahan digital sejajar era digital masa
kini.
Dr D Kamaruddin berkata, hospital itu
bakal dilengkapi teknologi terkini berkaitan penjagaan kesihatan selain
pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang perubatan dan yang
berkaitan.
Katanya, selain untuk tujuan pengajaran,
pembelajaran dan penyelidikan, Smart HUMS akan menyediakan perkhidmatan
penjagaan kesihatan kepada masyarakat di Sabah dan kawasan lain dari seluruh
negara.
"Ia juga bakal mewujudkan peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan. Secara ringkasnya, penubuhan Smart HUMS
menjadi pemangkin perubahan dalam bidang penjagaan kesihatan dan latihan
perubatan di rantau ini," katanya.
UMS adalah antara universiti awam (UA)
yang menawarkan kursus dalam bidang perubatan menerusi Fakulti Perubatan dan
Sains Kesihatan yang diwujudkan lebih 10 tahun lalu di kampus induk universiti
itu.
Perdana Menteri dijadual menyempurnakan
pembinaan hospital itu pada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Hospital
Pengajar UMS di kampus induk universiti berkenaan, di sini, pada jam 10 pagi
lusa.
(2)
BICARA
BUKU KARMA,UMS (Diskusi Menjadi Ruangan Kritis Masyarakat Mahasiswa)
Kelab Sastera
Mahasiswa (KARMA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam program Bicara Buku
Karma di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (Blok Seni) UMS, baru-baru ini.
Seramai 22 orang yang menyertai program tersebut. Mereka terdiri
daripada mahasiswa-mahasiswa Universiti Malaysia Sabah dan masyarakat luar.
Program Bicara Buku ini bertujuan untuk menanam budaya intelek dan
kekritisan berfikir kepada mahasiswa. Selain, membuka ruang kepada mahasiswa
untuk bertukar pandangan dan berdiskusi mengenai buku-buku yang terpilih.
Minggu ini merupakan minggu kedua berlangsungnya Bicara Buku KARMA.
Sebagai pembukaan, KARMA telah mengangkat buku Mahasiswa Menggugat yang
dibicarakan oleh Saudara Julazman Jupri dan buku Sekolah Bukan Penjara,
Universiti Bukan Kilang oleh Saudari Amy pada minggu lepas. Minggu ini pula,
KARMA telah membuka ruang diskusi dengan mengangkat buku Cantik Itu Luka yang
diterbangkan dari Indonesia dan Blues Orang Jelebu yang dibicarakan oleh
Saudari Leaika Aris dan Saudara Mohd Fahreen Bedu.
Menurut Saudara Sabir Syarifuddin, pelajar tahun 2, UMS, program
Bicara Buku KARMA ini sangat memberi manfaat kepada mereka yang terlibat.
Budaya mengkritik dan menghargai karya tulisan orang lain juga menjadi
sebahagian impak dalam berdiskusi.
“Bicara Buku ini juga menggalakkan pembaca dan pendengar untuk peka
terhadap isu semasa bagi menguatkan pembidasan dalam setiap hujah dan
persoalan.” Tambahnya lagi.
Menjadi harapan KARMA agar program-program seumpama ini terus segar
menjadi pembudayaan dalam kalangan mahasiswa dan sambutan yang lebih
menggalakkan daripada mahasiswa dan orang luar.
Bicara Buku KARMA ini berlangsung secara berkala. Setiap hari jumaat
sepanjang 14 minggu. Program ini terbuka kepada seluruh masyarakat : mahasiswa
dalam UMS ataupun luar UMS. Budaya diskusi, budaya mahasiswa. Salam Kesenian,
Intelektual dan Kemasyarakatan.
(3)
PELAJAR UMS
DIANCAM RISIKO ROGOL
5 Oktober 2018
telah terjadi satu kejadian rogol di Pantai Odec, Universiti Malaysia Sabah.
Mangsa yang merupakan dari program HA11 Seni Kreatif dikenali dengan nama Nur
bukan nama sebenar, dipercayai dipukul dari belakang sehingga tidak sedarkan
diri. Mangsa yang dijumpai didalam belukar tidak berpakaian serta berdarah
dibahagian kepala belakang.
“Awal pagi saya
seperti biasa mahu membersihkan Kawasan pantai ini, tetapi saya lihat ada baju
bertempiaran, kemudian membawa saya kepada lokasi mangsa” Ahmad , pembersih
sampah 20 tahun yang menjumpai mangsa.
Siasatan lanjut
dijalankan secara meluas sejurus mangsa sedarkan diri. Dalam tempoh kurang
24jam, sebanyak 5 pelajar lelaki juga ditahan untuk disoal siasat di Balai
Polis Kepayan untuk keterangan lanjut.
“Setakat ini,
siasatan berjalan lancar, mangsa dalam keadaan stabil dan mengalami trauma
akibat kejadian itu. Pelaku jenayah akan dikesan dengan segera dan akan
dikenakan tindakan penjara 4 tahun dan sebatan atau 40 ribu deda ataupun
kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan dalam Akta Jenayah (574) Kanun
Keseksaan (Paksaan)” kata Inspektor Shafiq yang bertanggungjawab mengendalikan
kes tersebut.
Sabir Bin Syarifuddin
(1)
Seorang
Pelajar Dirogol Secara Rakus.
Kota
Kinabalu : Kejadian
seorang pelajar dirogol secara beramai-ramai telah berlaku di dalam Kawasan
salah sebuah Universiti tempatan. Dalam kejadian rogol tersebut, dipercayai
seorang pelajar wanita telah dirogol oleh lima orang lelaki yang merupakan
pelajar universiti yang sama. Ketua keselamatan universiti iaitu Inspektor
telah mengesahkan kejadian itu berlaku disebabkan dendam kepada mangsa
tersebut.
Kes rogol ini merupakan kes
yang pertama berlaku di dalam Kawasan univeriti itu. Pihak universiti bahagian
Hal Ehwal Pelajar, mengesahkan bahawa mangsa dan kesemua suspek yang terlibat
adalah pelajar tahun akhir. Tambahan lagi, kejadian itu juga masih dalam
siasatan dan pihak universiti telah melaporkan kejadian tersebut kepada balai
yang berdekatan serta berjanji akan mengenakan hukuman yang setimpal kepada
pelaku kes rogol tersebut. Pihak universiti dan pihak polis berharap agar orang
ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut.
Pihak keselamatan
universiti mengambil langkah menutup kawasan tersebut untuk memudahkan proses
siasatan dijalankan. Menurut pegawai polis, kelima-lima suspek ini akan ditahan mengikut Seksyen 375
Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan.
(2)
KEMBARA
BENDERA MERAH
Kota
Kinabalu : Bendera
Merah atau lebih dikenali sebagai Nusantara Melayu Raya (NUMERA) telah membuat
pengemabaraan yang bermula daripada Negara Brunei hinggalah ke Negeri Di Bawah
Bayu. Pengembaraan ini membawa seribu satu makna kepada negeri ini terutama
pengiat seni tanah air Di Bawah Bayu ini.
15
MAC 2018 adalah merupakan satu Tarikh yang paling bersejarah dalam dunia
pengiat sastera. Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah merupakan sasterawan negara
Malaysia yang ke 11 merangkap sebagai presiden Persatuan Sasterawan NUMERA
Malaysia dan rombongan bendera merah telah datang ke Sabah bagi membuat
pengembaraan.
Perjalanan
di Bumi Sabah rombongan itu telah bermula di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Cawangan negeri Sabah. Ketika berada di sana, KEMALA sempat menyampaikan
beberapa puisinya ketika memberikan ucapannya. Selain itu, rombongan yang
menyertai sekali turut menyampaikan puisi.
Seterusnya,
penggembaraan itu diteruskan ke Universiti Malaysia Sabah. Mereka telah
disambut baik oleh pengiat sastera muda. Program yang dijalankan dalam
universiti tersebut di adakan di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Blok
Seni. Program tersebut telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti iaitu Prof Ismail
Ibrahim.Ketika program itu bermula, KEMALA telah dijemput untuk membuat ucapan.
Dalam ucapan beliau, ada menjelaskan apa itu NUMERA dan tujuan penggembaraan
itu. Penggembaraan itu adalah bertujuan untuk mengangkat kesusasteraan secara
konsisten dan menduniakan Bahasa Melayu.
Pengisian
program tersebut telah dipenuhi dengan bacaan puisi daripada Umar Uzair baca
puisi Cenderawasih (puisi yang didendangkan seperti lagu), pak cik Amir baca
puisi KAMALA (40 MIM), Shirley baca puisi Bahasa Bertamsilkan Dosa dan peserta
daripada tahun 2 dan tahun 3 (major penulisan).
(3)
Perasmian
HUMS oleh Najib
KOTA
KINABALU: Pada 2 Mac
2018, Datuk Seri Najib Razak telah membuat perasmian sebuah hospital di salah
sebuah Universiti tempatan di Sabah. Hospital itu dikenali sebagai Hospital
Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS). Menurut beliau, projek ini merupakan
satu projek ikonik yang bukan saja memberi manfaat kepada pelajar universiti
itu, malah rakyat Sabah akan menikmati khidmat penjagaan kesihatan pada kos
minimum.
Kehadirian
Najib pada majlis itu turut mengimbau nostalgia ketika beliau membuat perasmian
majlis pecah tanah di kampus UMS ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan
pada tahun 1995. Tayang montaj juga turut disediakan oleh pihak pengurusan UMS
khas buat Najib bagi menimbau nostaljia tersebut.
Perdana
Menteri berkata, Malaysia telah diiktiraf antara lima buah negara terbaik di
dunia dalam bidang kesihatan kerana berupaya mewarakan perkhidmatan kesihatan
yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Tambahnya lagi, usaha untuk terus
memberikan khidmat terbaik dalam perkhidmatan kesihatan akan terus ditingkatkan
dengan memperbanyakan lagi prasana yang sedia ada termasuk di luar bandar.
Yang turut hadir pada
majlis perasmian itu ialah Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, Timbalan Menteri
Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, Pengurus Lembaga Pengarah UMS,
Tun Zaki Azmi dan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.
MOHD SHAFIQ BIN MAHMUD
No comments:
Post a Comment