ANALISIS FILEM
(SENJAKALA)
ANALISIS FILEM SENJAKALA (2011)
SINOPSIS
WATAK
Terdapat elemen
lain seperti watak dan perwatakan. Watak dan perwatakan adalah teras dalam
sesebuah cereka. Watak merupakan pemain peranan penting dalam sesebuah filem
kerana watak yang menghidupkan cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang
kisah atau cerita yang hendak di sampaikan oleh pengarang ataupun pengarah
filem mahupun penulis skrip.
Watak
terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu watak pipih dan watak bulat. Watak
pipih ialah watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhan tetapi
diperkenalkan oleh sesuatu aspek keperibadian oleh pengarang. Sebagai contoh,
jika seseorang itu diberikan peranan jahat, maka kita hanya akan berhadapan
dengan tindak tanduknya yang jahat sahaja di sepanjang sesebuah cerita. Di
samping itu, watak pipih pula ialah watak bulat. Watak ini dibangunkan secara
keseluruhan dalam sesebuah cerita ataupun filem. Kebiasaannya watak ini
digambarkan tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik.
Berbagai-bagai kemungkinan sifat manusia diberikan kepada watak tersebut.
Peranan sesebuah watak menimbulkan berbagai-bagai peristiwa dan kisah yang
akhirnya menjadikan cerita itu menarik sehinggalah timbulnya perwatakan.
Perwatakan
pula ialah cara seseorang pengarang atau pengarah filem mencipta dan menyusun
serta memperlakukan apa sahaja ke atas watak-watak yang ada dalam sesebuah
cerita atapun filem yang dihasilkan. Dalam filem ini, pelakon yang ditonjolkan
adalah pelakon utama iaitu, Zahiril Adzim sebagai Arman dan Liyana Jasmay
sebagai Karlisa. Filem yang dihasilkan ini telah menonjolkan kedua-dua pelakon
tersebut agar masyarakat dapat mesej bahawa filem itu dibintangi oleh beberapa
pelakon yang terkenal pada ketika itu. Selain itu, dalam poster tersebut juga
dapat menggambarkan bahawa cerita itu berkosepkan seram dan tiada unsur komedi.
Hal ini dapat dilihat melalui expresi wajah kedua-dua pelakon yang ditonjolkan
pada poster tersebut.
LAKONAN
Dari sudut
lakonan, persembahan yang diberikan boleh dikategorikan pada tahap yang biasa.
Liyana masih lagi kental pesona keremajaan sehingga sedikit sukar untuk
memandangnya sebagai gadis dewasa, yang membawakan watak yang berat. Begitu
juga dengan watak lakonan Ruminah Sidek sebagai Opah Maimon. Mungkin sudah
terbiasa dengan tonasinya dalam Jangan Pandang Belakang, tiada apa yang
istimewa pemberiannya kali ini dan juga kurang rasa seramnya.
Pujian wajar
diberikan kepada Zahiril Adzim walaupun lakonannya bukan di tahap yang
cemerlang tetapi ianya cukup memberangsangkan. Namun begitu, persembahan
Zahiril masih tidak cukup untuk 'menyelamatkan' prestasi lakonan keseluruhan
pelakon filem ini. Filem ini sebenarnya berpotensi untuk diangkat sebagai filem
yang cemerlang berdasarkan cerita dan idea untuk menggabungkan bintang berbakat
besar seperti Zahiril dan Liyana, namun, ianya gagal dalam proses penghasilan.
"Chemistry"
antara hero dan heroinnya tidak cukup menonjol untuk mencipta magik yang besar
ala Edward Cullen dan Bella Swan. Mungkin kerana terlalu bergerak secara
selari, focus ceritanya hanya satu, tiada subplot mahupun subteks yang kuat
yang boleh menimbulkan perasaan puas dalam diri penggemar filem apabila
ditonton. Begitu juga dengan skripnya yang gak kurang meyakinkan di beberapa
bahagian. Elemen seram yang cuba ditunjukkan juga boleh dianggap cliché dan
mudah diagak.
Walaupun
begitu, biarpun banyak kelemahan yang dapat dilihat menerusi ini, ianya tetap
mempunyai keistemewaan tersendiri. Ini adalah kerana, segala kerja produksi dan
post produksinya dilakukan di Malaysia dengan menggunakan kemudahan Studio
Digital Mixstage Finas. Satu langkah yang wajar dipuji kerana hasilnya
bagus,terutamanya dari sudut bunyi. Begitu juga dengan kerja kamera yang
diberikan oleh Raja Mukhriz. Terdapat beberapa shot dan gerak kamera yang
cantik dan menarik perhatian.
KESIMPULAN
'Senjakala'
secara keseluruhannya bukanlah sebuah filem yang buruk. Ianya boleh dikategori
sebagai ‘pop corn movie’ yang boleh ditonton. Kritikan yang diberikan bukan
untuk menjatuhkan tetapi sekadar untuk meluahkan pendapat. Tonton sendiri filem
ini dan hakimi sendiri ceritanya.
Dibarisi oleh
para pelakon popular tanahair seperti Zahiril Adzhim, Liyana Jasmay dan Faezah
Elai, filem yang bergenre seram romantik ini mengisahkan tentang Karlisa
(Liyana Jasmay) yang baru sahaja kematian tunangnya akibat kemalangan jalan
raya. Karlisa yang terkesan dengan tragedi itu telah mengambil keputusan untuk
pulang ke kampung halamannya bersama teman baiknya Isabella (Faezah Elai) dan
dalam pada masa yang sama, ingatannya terhadap neneknya iaitu Opah Maimon
(Ruminah Sidek) juga membuatkannya terpanggil untuk pulang. Di sana, Karlisa
dengan secara tidak sengaja telah bertemu dengan Armand (Zahiril Adzim),
seorang jejaka misteri yang seakan hidup terasing daripada orang lain.
No comments:
Post a Comment